Kerjaya Yusni Hamid

Yusni Hamid mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik ketika berusia 18 tahun. Ibu bapa beliau tidak begitu setuju dengan pilihan kerjayanya sebagai penyanyi, namun Yusni tidak berputus asa untuk menggapai impian sebagai penyanyi.[2]

Beliau "curi-curi" menyanyi, sehingga muncul di televisyen. Yusni mula menyanyi di kelab malam pada tahun 1968, sehingga seorang kenalannya dari Australia yang sudi menaja beliau untuk merakamkan album.[2]

Sebagai penyanyi diraja,[6] beliau diberi penghormatan untuk menghibur raja dan sultan di serata negeri semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Beliau menyanyi di Lake Club, Tasik Perdana selama 9 tahun, persembahan saya turut disaksikan oleh isteri Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Nancy Reagan.[2]

Pada tahun 1982, Yusni melancarkan album pertama, Kau Yang Pertama.[2] "Kau Yang Ku Nanti" dikeluarkan sebagai single pertama. Selepas kejayaan album pertama, beliau merakamkan 10 lagi album yang semuanya meraih kejayaan komersial.[2]

Pada tahun 2003, Yusni dikurniakan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk oleh Sultan Pahang.[7] Pada 27 Februari 2016, Yusni menjayakan Konsert Raja & Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya sempena meraikan ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85.[7]

Yusni juga berkecimpung dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam Panggung RTM dan pementasan bangsawan untuk siaran TV. Beliau ditawarkan menjayakan pementasan teater Kasih Menanti arahan Ahmad Tarmimi Siregar dengan memegang watak sebagai ibu angkat, teater ini berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 9 hingga 18 Mei 2008.[8]

Rujukan

WikiPedia: Yusni Hamid http://www.sinarharian.com.my/hiburan/yusni-hamid-... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://web.archive.org/web/20120731204030/http://w... https://www.allmusic.com/artist/yusni-hamid-mn0000... https://www.budiey.com/pengalaman-pertama-dato-yus... https://www.discogs.com/artist/3457796-Yusni-Hamid https://www.malaysiakini.com/hiburan/433345 https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.last.fm/music/Yusni+Hamid/+wiki https://www.hmetro.com.my/node/116787